Tuesday 15 May 2012

HAPPY TEACHER'S DAY



TEACHER is a full form of
T-Talent
E-Education
A-Attitude
C-Character
H-Harmony
E-Efficient
R-Relation
Happy Teachers Day


Tuesday 1 May 2012

Senarai 10 teratas dan 10 terbawah

Senarai 10 teratas dalam kelajuan desktop(dalam saat)

1.Slovak Republic(3.3s)
2.South korea(3.5s)
3.Czech Republic(3.7s)
4.Netherlands(3.9s)
5.Japan(4.0s)
6.Denmark(4.3s)
7.Switzerland(4.3s)
8.Sweden(4.5s)
9.Belgium(4.6s)
10.Norway(4.8s)


Senarai 10 paling bawah untuk kelajuan desktop

1.Chile(10s)
2.colombia(10.2s)
3.Peru(11.7)
4.Brazil(11.8)
5.Argentina(12.8)
6.MALAYSIA(14.3)
7.Venezuela(14.9)
8.India(15.1)
9.Filipina(15.4)
10.Indonesia(20.3)


Senarai 10 teratas dalam kelajuan mudah alih(dalam seconds)

1.South korea(4.8)
2.Denmark(5.2)
3.Hong kong(5.9)
4.Norway(6)
5.Sweden(6.1)
6.Estonia(6.2)
7.Czech Republic(6.3)
8.Japan(6.4)
9.Romania(7.5)
10.Slovak Republic(7.6)



Senarai 10 terbawah dalam kelajuan mudah alih(dalam seconds)

1.MALAYSIA(12.7)
2.Indonesia(12.9)
3.Singapura(12.9)
4.Mexico(14.1)
5.Brazil(15.8)
6.Argentina(16.3)
7.India(16.4)
8.Thailand(17.4)
9.saudi arabai(21.2)
10.uae(26.7)



p/s: sibuk sangat nak tempat 10 terbaik, nah ambik tempat 10 terbaik terbawah

Saturday 28 April 2012

Tuntutan-tuntutan Bersih

Antaranya;

1. Bersihkan senarai undi
• Senarai undi harus dibersihkan dengan segera untuk menyingkirkan ‘pengundi hantu’ seperti orang yang telah meninggal.
• Pendaftaran pengundi automatik yang diselarikan dengan senarai Jabatan Pendaftaran Negara boleh menyelesaikan masalah pengundi hantu dalam jangka masa panjang.
2. Mereformasikan undi pos
• SEMUA pengundi seharusnya dibenarkan untuk mengundi melalui undi pos atau mengundi lebih awal sekiranya seseorang individu itu tidak dapat berada di kawasan pengundian semasa hari mengundi.
• Anggota polis dan tentera yang tidak bertugas harus mengundi seperti biasa pada hari mengundi.
• Undi pos mesti dijalankan dengan telus! Agen parti politik harus dibenarkan untuk memantau proses undi pos.
3. Gunakan dakwat kekal
• Penggunaan dakwat kekal boleh mengelakkan seseorang (atau pengundi hantu) daripada mengundi beberapa kali.
4. Masa kempen minima 21 hari
• Masa yang lebih panjang diperlukan untuk calon menyebarkan maklumat, terutamanya di kawasan luar bandar dan pedalaman. Contohnya, pilihanraya negeri Sarawak baru-baru ini diberi masa kempen 10 hari sahaja.
• Pada 1955, ketika era pemerintahan penjajah, pilihanraya mempunyai masa kempen sepanjang 42 hari. Manakala semasa Pilihanraya Umum ke-12 pada 2008, masa kempen 8 hari sahaja.
5. Akses media yang bebas dan adil
• RTM dan Bernama adalah agensi media yang dibiayai oleh kerajaan. Mereka sepatutnya memberi liputan yang seimbang dan adil untuk semua parti yang bertanding.
• Parti politik harus dibenarkan untuk membuat pengiklanan tanpa sebarang diskriminasi dan penapisan.
• Ini adalah mengenai keadilan! Semua media perlu memberikan hak untuk semua parti membalas kepada tuduhan-tuduhan negatif terhadap mereka.
6. Kukuhkan institusi awam
Institusi awam dan kakitangan kerajaan harus tidak berat sebelah dan menegakkan undang-undang dan demokrasi. Institusi awam harus direformasikan supaya bertindak secara bebas, menegakkan undang-undang dan melindungi hak asasi manusia.
Contohnya :
Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) hendaklah memastikan pilihanraya yang bebas dan adil.
Badan Kehakiman harus memelihara kebebasannya dan menegakkan kedaulatan undang-undang tanpa gentar atau memihak.
Peguam Negara perlu bertindak secara tidak berat sebelah dan mengutamakan kepentingan rakyat.
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia harus bertindak dengan adil dan menghentikan pendakwaan selektif dan penyalahgunaan kuasa.
Polis Di Raja Malaysia perlu bertindak secara profesional dalam melaksanakan tugas dan menegakkan kedaulatan undang-undang.
7. Hentikan rasuah
Rasuah adalah kegiatan mencuri dari rakyat untuk kepentingan peribadi. Rasuah menyebabkan orang kaya bertambah kaya dan golongan miskin semakin miskin.
Pembelian undi harus dihentikan!
Akta Kesalahan Pilihanraya 1954 mesti dikuatkuasakan.
8. Hentikan politik kotor
BERSIH 2.0 menuntut SEMUA parti politik untuk menghentikan politik kotor.






SPM: segala- galanya atau apa?

Tidak terlambat sekiranya saya mengucapkan tahniaah kepada calon spm yang berjaya mendapat keputusan yang cemerlang dalam spm 2011.Seperti sedia maklum spm ataupun sijil pelajaran malaysia ialah peringkat tertinggi dalam sistem pendidikan persekolahan selain stpm.Jadi persoalannya, adakah spm adalah segala galanya bagi seorang pelajar.Sudah tentu bukan,bagi saya spm hanyalah satu podium bagi membolehkan seseorang pelajar melanjutkan pelajaran ke tahap yang lebih tinggi.Jadi saya hanya menyifatkan spm sebagai permulaan untuk segala-galanya dan bukan segala-galanya


Seperti sedia maklum,Kementrian pelajaran malaysia telah banyak menyediakan pelbagai podium atau tempat untuk pelajar yang telah tamat spm. Dari poleteknik hinggalah keperingkat A level, semuanya adalah persediaan yang disediakan oleh pihak kementerian untuk lepasan spm


Semua podium tersebut bukanlah boleh ditempah atau diambil sebegitu sahaja tetapi berdasarkan keputusan spm samaada anda mendapat keputusan yang memuaskan, atau sedarhana atau hanya cukup-cukup makan.Oleh sebab itulah saya ,memyifatkat spm hanyalah permulaan untuk segala-galanya.


Sebagai contoh, jika anda adalah seorang pelajar yang mendapat keputusan yang cemerlang( Disini saya menyifatkan keputusan yang cemerlang itu sebagai straight A). Mereka mereka ini mempunyai peluang yang cerah untuk melanjutkan pelajaran di pelabagaii tempat dimalaysia samaada memilih matrix,asasi ataupun A level.Jadi mereka ini saya sifatkan sebagai golongan yang bertuah kerana dapat memilih banyak tempat untuk menyambung pelajaran.


Berbanding dengan yang mendapat keputusan yang sedarhana iaitu bukan straight A, merekan ini mempunyai peluang yang lebih sedikit berbanding pelajar yang mendapat semua a.Mereka ini hanya mendapat tempat di matrix ataupun asasi(mendapat tempat di asasi bagi golongan ini boleh dikira sebagai hadiah bertuah mereka).Tiada tempat untuk mereka mendapat tempat di peringkat A level.Jika boleh pun itu adalah disebabkan mereka mendapat keputusan bukan A pada subjek yang saya sifatkan disini adalah kurang penting seperti sejarah ataupun pendidikan agama ataupun beberapa subjek elektif.


Bagi mereka yang mendapat keputusan yang cukup cukup makan(saya definasikan disini keputusan yang cukup cukup makan sebagai keputusan yang mendapat tawaran ke tingkatan 6 atupun politeknik).Bagi yang mendapat tingkatan 6, ia adalah bagaikan mengambil ujian spm kali ke dua.Walaubagaimanapun, pelajar yang hanya mendapat tawaran ke tingkatan 6 ini tetap boleh melanjutkan pelajaran ke universiti sekiranya mereka berusaha semasa stpm


Kesimpulannya,Sistem pendidikan dimalaysia tetap membolehkan pelajarnya melanjutkan pelajaran keperingkat ijazah sarjana muda sekiranya mereka berusaha bersungguh sungguh.Cuma bezanya ialah podium sebelum melanjutkan pengajian di peringkat ijazah iaitu tingkatan 6,matrix,asasi,atau A level.Kepada yang ingin melanjutkan pengajian ke overseas namun masih belum layak semasa spm, jangan bimbang, buat yang terbaik di tingkatan 6 ,matrix ataupun asasi, dapatkan pointer yang tinggi,jadi secara automaticnya anda akan layak.Oleh hal yang demikian saya menyifatkan spm bukanlah segala-galanya tetapi permulaan kepada segala-galanya

Saturday 21 April 2012

Review sikit mengenai subjek dalam spm


Seperti tualang yang dahagakan madu, terus ke cerita


1) Bahasa melayu(bahasa malaysia)
    -Dari pemerhatian saya, waktu yang diberikan dalam ujian bahasa ini sangat sedikit.Harap kementerian pelajaran dapat memanjangkan sedikit waktu ujian ini terutama nye kertas karangan dari 2 jam 15 minit ke 2jam 30 minit. Selain itu, bahasa melayu kertas 2 juga hendaklah dikurangkan sedikit soalan no.4 yakni hanya 1 soalan sahaja yang harus dijawab pelajar berbanding 2 soalan sekarang ini.


2)Bahasa inggeris
    -seperti juga bahasa melayu, saya juga berharap agar kementerian dapat menambahkan masa ujian kertas ini dari 1 jam 45 minit ke 2jam.


3)sejarah
    -ha, saya tak ingat sangat mengenai subjek ini sewaktu saya belajar dahulu kerana cikgu sejarah pada waktu itu tak mengambil port sangat mengenai subjek ni.TUp tup pelajar tetap dapat A semasa spm.Kurangkan sedikit ketebalan buku teks itu dan mula membincangkan isu isu semasa , semasa berada dalam kelas.


4)pendidikan ugama
    -serbanistas jangan jadi butthurt bila saya ulas mengenai subjek ini.Dari pemerhatian saya, subjek ni perlu perlu banyak lagi tindakan dan penggubalan bab tertentu dalam kertas ini.Pertama tolong mansuh kan soalan menjawikan dari rumi.kalau nak buat juga bahagian tu tolong hanya merumikan dari jawi sahaja.Ustazah saya dahulu pernah cakap yang bahagian ni adelah markah paling senang nak dapat.Berbalik kepada diri saya,seingat saya paling banyak pun saya pernah dapat markah dalam bahagian tu adelah 1 dari 6 markah.Paling sikit boleh fikir sendiri la kan.adakah adil jika soalan merumikan yang mempunyai 12,11 perkataan dalam setiap ayat hanya menawarkan 1 markah sahaja jika dibandingkan dengan menjawikan yang 1,2 perkataan sudah mendapat 1 markah.Harap tindakan selanjutnye boleh diambil.Selain itu, tolong kurangkan markah dalam bahagian menetukan jenis ayat dan juga susun semula ayat mengikut tertib dan juga pilih hukum tajwid..Akhir sekali tolong, menambahkan markah dalam kertas 1 pendidikan ugama dan mengurangkan markah dalam kertas 2. Ramai pelajar lebih sukakan fakta berbanding bina ayat.Keperihatinan anda sangat saya hargai



5)Matematik + additional mathematics
   - seriously, saya tak mempunyai masalah sangat dalam subjek tersebut tapi harap kementerian dapat menambahkan masa dalam ujian additional mathematics kerana masa yang diberikan sekarang sangat singkat dan ramai students tidak mampu menyiapkan sepenuh nya soalan dalam kertas ujian terbabit.Harap penambahan masa dari 2jam 30minit ke2jam 45 minit.



6)Sains (Physics,chemistry,biology)
    -seperti juga matematik saya tidak mempunyai sangat dalam subjek ini.Tapi cadangan saya agar pihak kementerian dapat melebihkan masa atau lebih tepat lagi membuat ujian dalam bentuk berexperiment bagi mengantikan kertas 3, ops dah ade dah. Bagus. Terusakan.
p/s:makmal makmal yang buruk tu harap digantikan eh



7)mata pelajaran elektif
   -seperti demo occupy dataran, sebenarnya sekolah saya dah lama melakukan perkara tersebut tetapi dalam skala yang kecil.Seorang mamat yang bertaraf liberal dan penentang utama serbanistas kat sekolah tu telah melakukan mogok ala mahatma gandhi kat sekolah tu. Walaupun tanpa mengunakan kekerasan tetapi beliau telah menggunakan cara non violent dalam mendapat kan hak beliau utuk mengurangkan mata pelajaran beliau yang sewaktu itu 10 untuk bertukar kepada 9 subjek.Beliau telah menggunakan cara non violent civil disobedience dalam setiap langkah beliau dalam menuntut hak beliau.Beliau sering kali membanned kan subjek tersebut dalam setiap kali peperiksaan sehingga beliau sering kali mendapat gred antara E dan F. Walaupunbagaimanapun usaha beliau sia sia kerana pentadbiran pada waktu itu berkeras mahukan semua pelajar mengambil 10 mata pelajaran.
Moral lessonnya
   a) Pentadbiran sekolah sepatutnya lebih berdemokrasi dalam setiap tindakan terutamanya dalam tuntutan
       dan suara pelajar
   b) Banyak lagi cara untuk menutuntuk hak pelajar bukan dengan hanya berdemo atau bercamping kat
       tempat awam.      


p/s: Occupy dataran tak nak ke desak kementerian memansuhkan beberapa subjek dalam spm ni, selain memansuhkan ptptn?

Saturday 7 April 2012

Pembodohan beramai ramai sejak aku kecil sampai remaja


1) "Pada hari jumaat seeloknye berjalan kaki ke masjid , so secara tidak langsung nye pahala yg di reward kan banyak sebab setiap langkah memberi satu pahala. Berjalan tu pulak langkahnye kecil jangan banyak, nanti banyak dapat pahala. Kalau menggunakan kereta pulak ikut jalan jauh, misalnye jarak rumah 1 km dari masjid, ikut jalan jauh sikit 2 ke 3km ke , sebab setiap pusingan roda memberi 1 pahala."
-muslimah x-

   komen aku ; kalau kau nak jadi kura kura, kau boleh lah buat macam tu. Susah nak percaye walaupun harge minyak dah naik ade lagi makhluk yg suke membazir berjalan jauh semata mata nak ke masjid. Satu lagi,Ape dia ingat bumi ni diberi 48 jam sehari.


2) " mase petir, kilat ni jangan main kat luar, tu setan tengah kena panah di petir tu"
     -anon-


    komen aku ; tu mase bulan puase ade lagi  petir kilat, apaehal


3)   "Yahudi ni adelah sejahat-jahat bangse di muka bumi ni"
        -sebanistas x-


     Komen aku: sejahat-jahat dia pun takde la sampai nak klepat duit masjid, takdelah mase orang tengah       sembayang pergi selut poket orang, takdelah pergi curi selipar semase orang tengah berjemaah . Kau pernah dengar synagogue diorang ade kes kecuriaan, ade?,ade?. Kalau ade tunjukkan kat aku



4)  " Tu dia dengar lagu justin bieber, lady gaga,madonna, tu ade lagu pemujaan setan tu. kau dengar tak mase lagu tu diterbalikkan,kan dia ade puje setan tu"
        -schoolmate gua-


     Komen aku: kau ni tinggal zaman bile ha? Dalam zaman globalisasi ni masih ade lagi orang yang diperbodohkan dengan video macam tu. Tak pernah dengar perkataan edit ke? tak pernah dengar software photoshop?



5)  "kau belum bace doa lagi kan, so kau tak boleh masuk dewan peperiksaan ni" ( ayat ni adelah ayat schoolmate gua yang ditujukan kepade gua semase peperiksaan spm. sudah menjadi adat sekolah gua untuk membace doa sebelum melangkah masuk ke dewan peperiksaan.Ambik berkat katenye. Gua lewat mase ni pun sebab perut gua meragam mase tu)


     Komen aku: no comment, aku rase koarang pun dah tahu kan ape nak cakap.




6) " kau tahu tak yang negare israel ni tak bernegara"
       -anon x-

   
     Komen aku: kau pergi bukak semula peta dunia besar besar, lepas tu tengok sape yang bernegara, sape yang tak bernegara


7) " kalau kau sokong pas, bermakne kau sokong islam"
       -serbanistas y-


    Komen aku: tak kisah lah parti politik yang mane pun, bile mereka diberi mandat, semua manifesto mereka lupekan,kepentingan diri dan koloni menjadi keutamaan


8)  "Facebook boleh digunakan untuk berdakwah"
     -anon w-


      Komen aku: Baik kau tukar je nama facebook kepada al-kitab. Matlamat tak menghalalkan cara


9) " Teori big bang tu sesat"
      -mangkuk hayun x-


     Komen aku: Nilah yang dikatakan kalau tak ambik sesuatu bidang tu jangan bercakap mengenainnye


10) " Menghina orang islam bermakna menghina islam "
       -anon k-


      Komen aku: sama jelah macam aku hina homo rhodesiensis tapi homo sapiens turut terase same, Apehal


11) "couple itu haram"
       -sebanistas z-


      Komen aku: Orang yang bercakap seperti diatas memang orang paling hipokrit dalam dunia ni.Yelah kan dia sorang je boleh bercouple.orang lain haram bile bercouple




p/s: Meleis kalau bab mengata agama orang memang nombor 1, tapi bile orang lain mengata agama majoriti mereka, mereka menjadi butthurt dan emo tak tentu pasal.  Bye-bye