Saturday, 28 April 2012

SPM: segala- galanya atau apa?

Tidak terlambat sekiranya saya mengucapkan tahniaah kepada calon spm yang berjaya mendapat keputusan yang cemerlang dalam spm 2011.Seperti sedia maklum spm ataupun sijil pelajaran malaysia ialah peringkat tertinggi dalam sistem pendidikan persekolahan selain stpm.Jadi persoalannya, adakah spm adalah segala galanya bagi seorang pelajar.Sudah tentu bukan,bagi saya spm hanyalah satu podium bagi membolehkan seseorang pelajar melanjutkan pelajaran ke tahap yang lebih tinggi.Jadi saya hanya menyifatkan spm sebagai permulaan untuk segala-galanya dan bukan segala-galanya


Seperti sedia maklum,Kementrian pelajaran malaysia telah banyak menyediakan pelbagai podium atau tempat untuk pelajar yang telah tamat spm. Dari poleteknik hinggalah keperingkat A level, semuanya adalah persediaan yang disediakan oleh pihak kementerian untuk lepasan spm


Semua podium tersebut bukanlah boleh ditempah atau diambil sebegitu sahaja tetapi berdasarkan keputusan spm samaada anda mendapat keputusan yang memuaskan, atau sedarhana atau hanya cukup-cukup makan.Oleh sebab itulah saya ,memyifatkat spm hanyalah permulaan untuk segala-galanya.


Sebagai contoh, jika anda adalah seorang pelajar yang mendapat keputusan yang cemerlang( Disini saya menyifatkan keputusan yang cemerlang itu sebagai straight A). Mereka mereka ini mempunyai peluang yang cerah untuk melanjutkan pelajaran di pelabagaii tempat dimalaysia samaada memilih matrix,asasi ataupun A level.Jadi mereka ini saya sifatkan sebagai golongan yang bertuah kerana dapat memilih banyak tempat untuk menyambung pelajaran.


Berbanding dengan yang mendapat keputusan yang sedarhana iaitu bukan straight A, merekan ini mempunyai peluang yang lebih sedikit berbanding pelajar yang mendapat semua a.Mereka ini hanya mendapat tempat di matrix ataupun asasi(mendapat tempat di asasi bagi golongan ini boleh dikira sebagai hadiah bertuah mereka).Tiada tempat untuk mereka mendapat tempat di peringkat A level.Jika boleh pun itu adalah disebabkan mereka mendapat keputusan bukan A pada subjek yang saya sifatkan disini adalah kurang penting seperti sejarah ataupun pendidikan agama ataupun beberapa subjek elektif.


Bagi mereka yang mendapat keputusan yang cukup cukup makan(saya definasikan disini keputusan yang cukup cukup makan sebagai keputusan yang mendapat tawaran ke tingkatan 6 atupun politeknik).Bagi yang mendapat tingkatan 6, ia adalah bagaikan mengambil ujian spm kali ke dua.Walaubagaimanapun, pelajar yang hanya mendapat tawaran ke tingkatan 6 ini tetap boleh melanjutkan pelajaran ke universiti sekiranya mereka berusaha semasa stpm


Kesimpulannya,Sistem pendidikan dimalaysia tetap membolehkan pelajarnya melanjutkan pelajaran keperingkat ijazah sarjana muda sekiranya mereka berusaha bersungguh sungguh.Cuma bezanya ialah podium sebelum melanjutkan pengajian di peringkat ijazah iaitu tingkatan 6,matrix,asasi,atau A level.Kepada yang ingin melanjutkan pengajian ke overseas namun masih belum layak semasa spm, jangan bimbang, buat yang terbaik di tingkatan 6 ,matrix ataupun asasi, dapatkan pointer yang tinggi,jadi secara automaticnya anda akan layak.Oleh hal yang demikian saya menyifatkan spm bukanlah segala-galanya tetapi permulaan kepada segala-galanya

No comments:

Post a Comment